paSai aQ..

My photo
i'm an ordinary girl..simple,sempoi n love laughing~ menjadikan blog tempat luahan perasaan..if u wanna read,just read..if u like it, leave ur comment.. kalo x suke??ade aku kesah?? peace~

Saturday, June 9, 2012

SEKADAR CORETAN


klik play music utk lebih feeling =)
Assalamualaikum semua.. coretan ini hanyalah isi hati aku yg hanya ingin mengadu.. ku tahu tempat yg paling baik utk mengadu hanyalah kepadaNya.. tp tak salah rasanya jika aku ingin berkongsi bersama kalian.. mungkin ada yg sudah jenuh membaca coretan ku yg tak sudah-sudah tentang cinta ku yg dihalang oleh orang tua. Ah! Persetankan semua itu. Cop! Nape mcm skema ek?? Ok. Kite santai-santai je la ek. Hm.. Harapan aku utk bersama wan masih jauh..atau boleh dikatakan taiada harapan. Sedih kan? Sangat sedih. Tambah lg bile ibu syak wan dah buat sesuatu pd aku. Apa yg sesuatu tu? Citenye mcm ni..em..masa cuti seminggu hari tu, ibu ada bawak aku pegi berubat kat 1 tempat ni. Aku tak sakit. Tp ibu rasa aku sakit. Macam tak paham kan? Erm.. aku tak tahu apa yg ada dlm fikiran ibu sampai dia bawak aku pegi jumpa sorang pakcik ni..ala-ala tok bomoh tp bukan macam dlm cite-cite melayu yg berasap bagai tu.. dia gunakan ayat-ayat Quran,selawat dan sebagainya. Sebenarnya ini bukan yg pertama kali aku pegi situ, tp yg kedua ni yg buat harapan aku utk bersama wan semakin jauh. Semua gara-gara pakcik ni cakap sesuatu.. sesuatu lg? lebih kurang mcm nil ah dialog dia. ‘ini bukan sakit ape.ini ade org buat supaya dia ni ingat kat orang tu..’ dgn bahasa mudahnya, aku telah di mandrem kan. Ade ke yg tak tahu mandrem tu ape?? Ce tny cikgu geografi or ustaz. Hm..bila ibu dengar mcm tu..sape lg yg dia nak syak walaupun pakcik tu ckp dia agak je. Tp aku percaya wan tak kan lakukan benda-benda syirik tu kat aku.. sebab ape? Sebab aku rasa camtu lah..huhu.. aku tahu diri aku..aku yg rasa. Mungkin ada yg rasa benda-benda ni biasa. Tapi hati dan perasaan aku terseksa. Kalau aku dah rasa sakit mcm ni. Apa ntah lagi wan..lg la dia rase sedih pedih.  Dia adalah O.K.T atau dlm bahasa mahkamah, orang kena tuduh! Apa perasaan anda apabila dituduh melakukan benda-benda tak baik pada orang lain, sedangkan anda tidak melakukannya?? Fikir-fikirkanlah ye. Dia ada jugak mengadu kat aku.. tuhan je yg tahu perasaan dia cane. Hm..kes si ayah pula yg selama ni ambil jalan berdiam diri dah mula ambil tindakan secara halus.. time aku menaip ni, air dah mula bergenang kat mata. Ingat lagi time nak balik semula ke kampus lepas habis cuti seminggu. Ayah bg duit poket dlm sampul. Mcm nak bg duit raya..tebal je rasa..huhu.. dlm perjalanan nak balik dungun, aku singgah kat masjid sbb member nak sembahyang. Time tu lah aku ambil peluang nak tengok berape banyak duit yg ayah kasi. (jgn tanya kenapa aku tak sembahyang sekali). Time aku buka sampul tu ada note RM50 dengan keratan akhbar. Aku ingat ayah nak bergurau dengan aku.saja nak letak kertas kat situ biar nampak tebal sikit sampul duit tu.. tapi aku tak terus buang kertas tu. Aku belek punya belek, keratan yg bertajuk,’WAHAI GADIS, JANGANLAH MELUPAKAN JASA IBU’. Baru baca tajuk, air mata aku dah jatuh tap tap tup tup..(takde bunyi pon sebenarnya). Aku gagahkan juga baca sampai habis. Si penulis menceritan kesedihannya melihat si ibu ditinggalkan oleh si anak demi kekasih hati. Wahai ayah.. akal ku masih waras. Tidak sedikit pun terlintas di fiikiranku utk meninggalkan keluarga demi insan yg baru kukenal selama 6 tahun. Ya.. memang aku sayang dia. Memang aku cinta dia. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia buat kali ke 2. Aku hanya ingin rasa dicintai, bukan hidup dengan penuh rasa bersalah krn meninggalkan kelurga. Aku masih percaya, ikatan tanpa restu, tidak akan membawa kebahagiaan. Oleh itu ayah dan ibuku.. restukanlah hubungan kami. Hanya itu yg ku pinta. Maafkan anakmu jika selama ini air matamu tumpah keranaku. Demi Allah. Tak pernah terlintas di hati ini untuk menderhaka. Ya Allah..dengan namaMu yg maha pemurah lagi maha mengasihani.jauhkan kami dr azab seksaMu. Muliakanlah kedua ibubapaku.. Aku hanya inginkan hubungan yg halal di sisiMu. Jika dia bukan jodohku, jauhkan dia daripada ku. Tp jika dia milikku, kau lembutkan lah hati kedua ibubapaku utk menerima si dia. Amin. Aku coret kan benda ni, bukan utk meraih simpati. Korang nampak aku happy je, kadang gelak sampai tak ingat dunia. Tp tu semua apa yg korang nampak. Aku tak nak terlalu fikirkan benda ni sampai pelajaran aku terabai,sampai aku tak boleh nak buat kerja. Hidup dengan dunia aku sendiri. Aku tak nak semua tu jadi kat aku. Sebagai anak sulung, orang nampak aku macam manja. Tp tanggungjawab aku agak berat. Umur ayah dan ibu bukan makin muda. 1 hari nanti aku yg akan galas tanggungjawab diorang. Aku percaya semua yg berlaku ada hikmahnya. Aku selalu dengar org cakap Allah tak kan beri ujian pada hambanya jika dia tak mampu. Ujian-ujian ini lah yg biasanya akan buat manusia ingat pada Dia. Mengadu pd Nya. Kan Allah suka pd hamba yg berdoa pd Nya. Dan aku tahu, seberat-berat masalah aku, ada orang lain yg lebih berat lg masalahnya. Cerita cinta aku yg terhalang bukan sehari dua. Tp dah makan tahun. Aku pernah tinggalkan dia demi kelurga. Lepas setahun aku kembali semula pd dia dengan harapan hubungan dengan dia kali ini akan kekal hingga hujung nyawa. Logiknya mmg payah. Biarlah masa yg menentukan. Kepada yg sudi membaca, terima kasih krn sudi meluangkan masa membaca coretan si anak yg mengharapkan restu keluarganya. Ingatlah kawan-kawan, syurga itu di telapak kaki ibu. Wassalam.    9/6/12 (1.37 pg.)


1 comments:

En. Beyazid said... REPLY

Salam perkenalan. Blog saya masih baru lagi. Harap dapat support blog saya dgn jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


http://apelak.blogspot.com/2012/06/mari-jadi-jiran-blog-saya.html