paSai aQ..

My photo
i'm an ordinary girl..simple,sempoi n love laughing~ menjadikan blog tempat luahan perasaan..if u wanna read,just read..if u like it, leave ur comment.. kalo x suke??ade aku kesah?? peace~

Friday, February 20, 2015

TAMAT SUDAH..

Assalamualaikum..
Selamat tahun baru..walaweii..dah nak habis bulan 2 dah baru nak wish tahun baru.. ape tak nya, baru harini rasa nak update blog. Bersawang dah blog aku ni..

Macam biasalah, kalau aku update ni mesti ada benda nak cerita, ye dak?? Walaupun tak berapa nak feel menaip kat tab ni, ku gagahkan jua. Fuh, ayat!!

Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Senang cerita, ex aku nak nikah esok.. WHATT!!?! (Sambil buat gaya ropi chomel). Ok. Sebenarnya time dapat berita tu, takde la terkejut camtu. Aku rilek lagi. Macam takde perasaan pun ye. Tu pun dapat tahu dari bakal tunang aku.. WHATT!!? Tak payah terkejut sangat la.. Yes. Bakal tunang. Insha allah 21 mac 2015 ni, aku bertunang.

So, macam ni lah cerita kitorang.. Bercinta 8 tahun. End up... fuhh!! Aku confuse sendiri ni.. aku tak rasa apa2 ke?? Sedih? Suka?? Tak tahu.. atau sebab aku dah ada pengganti? Sebab tu aku tak rasa apa2?. Teettt.. macam menipu sangat tak rasa apa2 kan.. tapi rasa apa?? Haha.. fening la ko parah weii.. parah sungguh..

Aku bersyukur sangat time aku dapat berita ni, aku dah ada pengganti. Kalau aku sorang.. tak tahu la aku kuat ke tak nak hadapi semua ni.. Walau sebelum2 ni, kitorang ada selisih faham, aku harap dia maafkan aku. Dan aku tak simpan apa2 dalam hati. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan pasangan.

Haisshh.. so, macam nilah cerita cinta aku yang tak kesampaian.. semua dah tertulis kan. Siapa kita nak menolak takdir.. Allah dah susun cantik je.. Aku pun tak lama lagi nak jadi tunangan orang. Baru sebulan lebih couple, dah merisik. 21 mac ni, cukup 3 bulan kami couple. Nampak tak?? Kalau family dah restu, Allah mudahkan jalan.. Aku harap sangat, dia pun doakan kebahagian aku.

Kalau awak baca blog saya ni.. (kalaulah...), saya doakan semoga awak bahagia.. janji2 yang pernah kita semai dulu, takkan bercambah. Tinggal janji je.. jadi suami yang soleh. Bimbing isteri dengan sepenuh hati. Antara kita, tinggal sejarah. Sejarah tak mungkin berulang. (Lagu tu..pfft~) Doakan kebahagian saya juga. Maafkan saya. Maafkan semua salah saya. Maaf juga terjatuh hati pada kawan baik awak. Harap awak tak buang dia. Dia tetap kawan awak. Dia pun tak pernah buang awak. Haisshh.. agak terkilan bila awak tak bagitau saya awak nak nikah esok. Takpelah. Saya tak kisah. Hmm.. xde pe lagi nak luahkan dah. Huu.. sampai sini je lah.. salam.. selamat pengantin baru..


0 comments: