paSai aQ..

My photo
i'm an ordinary girl..simple,sempoi n love laughing~ menjadikan blog tempat luahan perasaan..if u wanna read,just read..if u like it, leave ur comment.. kalo x suke??ade aku kesah?? peace~

Friday, October 24, 2014

TATAPAN BUAT AWAK..

Assalamualaikum.. Lama sangat tak menulis blog. Janggal rasanya. Apapun, tulisan ini khas untuk tatapan awak. Walau saya tak pasti, awak akan membaca blog saya.. Awak..kejap je rasa kan,, tahun ni tahun ke 8 kita bercinta. Cincin dah beli, tinggal tunggu masa untuk disarungkan je. Saya membayangkan bulan 10 tahun ni akan jadi hari yang sangat indah buat saya, juga akan menjadi hadiah harijadi saya yang tak kan dapat saya lupakan. Menjadi tunangan awak, langsung menjadi suri hidup awak, itulah yang saya impikan. Saya percaya, awak pun rasa benda yang sama kan.. tapi apakan daya sayang. Jodoh bukan milik kita.. Walau kita usaha macam mana sekalipun, andai itu takdirnya..kita kena terima.Maafkan saya..Maafkan keluarga saya, terutama ayah saya yang menghalang ikatan itu terjalin. Dah 8 tahun kita usaha sama-sama untuk tambat hati kelurga sayang.. akhirnya awak mengalah. Demi menjaga hubungan saya dengan keluarga saya, awak undur diri.. Allah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui sakitnya, luluhnya hati ini saat awak ucapkan yang kita tak boleh bersama. Cincin dipulang, tanda berkecainya impian yang kita bina. Tapi saya masih mengharap andai masih ada jodoh kita. Bukan ke dulu kita pernah berpisah? Setahun membawa haluan masing-masing. Akhirnya bersama semula. Adakah ia akan berulang sayang? Ah.. rindunya dengan panggilan sayang.. Rindu untuk memanggil awak B.. Ingat tak dulu awak malu bila saya panggil awak B.. Sekarang ni hampir 2 bulan hubungan kita sekadar kawan biasa. Kita masih berhubung. Bertanya khabar. Itu yang kita janjikan pada malam hari kita putus kan? Awak janji dengan saya tak kan ada perempuan lain selagi saya belum ada pengganti awak kan? Nampak macam tak adil. Tapi memang saya tak cukup kuat untuk lihat awak bersama orang lain.. Tapi awak tipu.. mula-mula saya nampak ada perempuan ni selalu balas-balas komen awak kat FB. Mula-mula saya biar. Lama-lama saya nampak komen awak dengan dia makin mesra..Lepastu awak dah jarang mesej saya. Saya tertunggu tunggu mesej awak. Bukan saya tak boleh mulakan. Cuma saya nak tengok, sejauh mana awak rindukan saya. Saya nak tengok betul ke awak sayangkan saya lebih saya sayangkan awak.. Lama-lama awak hilang.. Tiap-tiap malam saya menangis rindukan awak.. Saya update status sedih-sedih kat FB. Biarlah orang nak kata saya meroyan pon. Saya nak awak terasa yang awak dah buat saya sakit hati sangat-sangat. Satu hari awak call saya, ajak keluar lunch sama. Saya tak tahu apa motif awak. Tapi dek kerana rindu, saya turutkan. Kita makan kat KFC. Awak masih nak suapkan saya macam dulu, sedangkan makanan yang saya telan rasa pasir. Walaupun rindu menggunung pada awak, tapi saya tak boleh pandang muka awak bila mengingatkan mesra nya awak dengan perempuan tu.. Selesai makan, ada orang call awak. Saya tahu itu perempuan. Awak bahasakan diri 'saya' 'awak' dengan dia. Bila saya tanya siapa, awak jawab kawan.. Awak ingat tak kita pernah gaduh besar sebab awak baca mesej saya dengan kawan saya. Awak marah sebab awak ingat saya ada apa-apa dengan dia. Memang saya bahasakan diri "I" "you", tapi tak bermakna saya ada perasaan pada dia.. Lepas awak makan, saya ada tanya awak kan, awak ada apa-apa ke nak cakap dengan saya. Saya tunggu awak cakap pasal perempuan tu. Tapi awak diam. Sampai satu tahap, saya kuatkan diri untuk tanya sendiri siapa perepuan tu. Awak mengaku awak memang tengah rapat dengan dia.. Allah.. saya kuatkan diri lagi untuk dengar ayat seterusnya dari awak. Lepastu awak cakap dia ikut awk pergi PD.. (...) Awak nampak kan air yang tumpah atas meja haritu. Ikut hati, saya nak simbah air tu kat muka awak. Awak cerita semua tu umpama saya tiada perasaan.. 8 tahun kita bercinta, baru sebulan lebih kita putus, awak dah bawa perempuan lain.. Hancur luluh hati saya awak.. Sakitnya hanya Allah je yang tahu. Saya lebih rela awak tikam saya dengan pisau dari awak buat saya macam ni.. Saya dah tak sanggup nak dengar, sebab tu saya tinggalkan awak.. awak ikut saya sampai dalam kereta. Tapi saya halau awak. Awak tahu, apa yang buat saya sangat-sangat sedih?? Sebab sebelum tu saya tengok FB awak, saya tengok gamba konvoi awak pergi PD. Saya terbayang kalau saya masih lagi dengan awak, mesti saya pon join sekali, Tapi... rupa-rupanya perempuan tu yang ikut awak.. Awak..awak paham tak apa yang saya rasa?? Balik dari tu, saya masuk kerja macam biasa. Walaupun hati ini masih sakit, kerja tetap kerja. Tiba-tiba saya rasa nak tengok FB awak.. Awak tahu saya nampak apa? Saya nampak perempuan tu upload gambar siap tag awak lagi.. Yang lebih menyakitkan hati saya, gamba dalam kereta.. Meraung saya dekat situ awak. Mujur kawan saya datang peluk saya kuat-kuat bagi semangat. Awak..8 tahun kita bercinta, kereta tu yang bawa saya pergi mana-mana. Itulah tempat duduk saya. Sebelah awak. Yang urut awak bila awak penat memandu. yang tutupkan mulut awak bila awak menguap. yang betulkan kolar baju awak, yang belai rambut awak. Awak tak fikir ke perasaan saya bila tengok gambar- gambar tu?? Iman saya tak berapa kuat. tapi mujur saya masih waras untuk fikirkan baik buruk keadaan. Kalau tak..saya tak tahu apa jadi dengan saya.. Nauzubillah.. sebab tu saya unfriend awak dari FB. bukan sebab saya benci. Tapi saya tak tahan tengok tu semua. Awak..kalau awak tak nak saya cari awak lagi..tolong buat saya lupakan awak. bukan buat saya bencikan awak. sebab saya tak mampu untuk membenci orang yang pernah saya sayang & cinta sepenuh hati saya. bagi saya masa untuk lupakan awak. terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya, pernah bahagiakan saya, pernah buat hari-hari saya ceria. halalkan makan minum saya. maafkan segala salah silap saya. maafkan keluarga saya. saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak. tapi jangan jemput saya ke majlis awak. sebab saya tak mampu untuk lihat orang yang saya cinta bersanding dengan orang lain. kenangan kita akan terpahat dalam hati saya. tak mungkin akan padam. awak jaga diri baik-baik. saya dah tak boleh datang rumah awak, rawat awak bila awak demam macam dulu-dulu. akhir kalam, izinkan saya mengungkapkan ayat-ayat ini buat kali terakhir.. I LOVE YOU B, I MISS YOU B..